Monday, June 20, 2011

Unsur Dalam Yin Yang - 음과 양의 요소

FIVE ELEMENT

Wu Shing secara literal bermaksud 5 prinsip. Keseimbangan lima unsur merupakan asas dalam amalan Feng Shui yang dipengaruhi oleh fahaman Taoisme. Lima unsur ini terdiri dari unsur kayu, tanah, api, air dan logam di mana unsur ini saling memiliki pengaruh yang relatif di antara satu sama lain.

      Kelima-lima unsur ini sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia iaitu dalam aspek kesihatan, kesesuaian hubungan, bakat, pekerjaan, karakter dan juga sifat setiap individu. Oleh kerana itu, teori 5 unsur ini dapat digunakan untuk menganalisis sifat, kelakuan, bakat, bidang pengajian, jenis pekerjaan dan juga usaha yang bersesuaian dengan unsur ini. Lima asas elemen yang mempengaruhi kehidupan manusia adalah air (shui), api (huo), kayu (mu), logam (jing), tanah (tu). 

         Lima elemen semulajadi ialah wood (kayu), fire (api), earth (bumi), metal (logam) dan water (air) perlu untuk keseimbangan Qi dalam Feng Shui. Kesemua elemen ini akan menambahkan, mengurangkan atau mendominasi Qi dalam dan sekitar ruang kehidupan. Daripada keadaan saling melengkapi antara Yin dan Yang, wujud manifestasi yang dikenali sebagai The Five Element. Setiap satu daripada elemen tersebut mempunyai kesan yang relatif antara satu sama lain iaitu sesuatu diciptakan dan ada yang dimusnahkan untuk mewujudkan sesuatu perubahan.

           Apabila dilihat dari sudut Feng Shui, ciri-ciri penting yang berkait rapat dengan five element seringkali diambil kira untuk mengelakkan kesan-kesan yang merbahaya. Elemen yang menciptakan (generating) perlu diwujudkan untuk mengawal elemen-elemen yang merbahaya. Ahli-ahli astronomi purba telah mengenalpasti bahawa lima planet yang utama secara relatifnya mempunyai hubungan dengan five element. Planet-planet tersebut ialah, Jupiter : panduan kepada elemen wood, Venus : peraturan elemen metal, Saturn : mempengaruhi elemen earth, Mars : mempengaruhi elemen fire dan Mercury mempengaruhi peraturan elemen water.

            Elemen Wood adalah permulaan kepada satu kehidupan baru dan ia merupakan permulaaan kepada pusingan five element sepertimana musim bunga memberikan kehidupan baru dan tumbuhan yang baru. Tumbuhan memberikan udara yang dihirup oleh manusia serta penyaring semulajadi kepada udara. Chi atau Qi dapat diperolehi apabila Wood dihidupkan. Terdapat paling banyak elemen yang dalam elemen Fire (api), merupakan musim panas atau kepanasan yang tinggi. Dalam Feng Shui seringkali digunakan lilin atau warna merah, sekiranya ia lebih panas adalah lebih baik. Satu lampu merah atau satu lampu meja yang berwarna merah gelap membuatkan ubatan yang baik. Earth adalah gambaran kepada gunung yang merupakan elemen paling menarik dan biasanya ia dikonsepkan sebagai satu tempat yang dikatakan kotor. Metal boleh didapati dalam pelbagai peringkat seperti perak, emas, gangsa dan pelbagai elemen lain yang berkaitan dengan logam yang mempunyai kegunaan yang pelbagai dan unik. Dalam Feng Shui, ia adalah untuk mewujudkan satu persekitaran yang kreatif. Manakala Water pula memberikan kehidupan kepada manusia dan bumi, tanpanya, manusia tidak akan wujud. Dalam Feng Shui, air adalah sangat penting dan amat diperlukan oleh semua kehidupan yang ada di bumi ini.   

PA KUA
Pa Kua adalah satu lambang yang berbentuk segi lapan yang mengambarkan 4 titik mata angin utama tambahan. Dalam mata angin Cina, titik selatan diletakkan di bahagian atas, utara di bahagian bawah, timur di sebelah kiri dan barat disebelah kanan. Lambang Pa Kua berasal dari 8 Trigram I-Ching yang diletakkan di sekitar sisi lambang. I-Ching adalah sistem yang mempunyai 2 bahagian ramalan yang diperoleh daripada 2 unit asas Yin dan Yang iaitu garisan putus (--- ---) dan garisan yang tidak putus (-------). Di dalam sebuah Trigram terdapat 3 jenis iaitu kombinasi garisan Yin dan Yang.



THE EIGHT CHANGES’

Chi’en
Syurga, udara, langit
Tui
Wap air, wap, awan
Li
Api, panas, matahari, cahaya, kilat
Chen
Petir
Sun
Angin dan kayu
Ka’n
Air, sungai, tasik, laut
Ken
Gunung
K’un
Tanah


Bentuk Pa Kua memainkan peranan penting dalam amalan Feng Shui kerana ia merupakan penawar penting untuk melindungi diri dari pembunuh dan pengaruh buruk yang mengancam rumah atau lokasi. Pa Kua juga dianggap memiliki kekuatan menolak roh jahat. Masyarakat Cina percaya bahawa 8 Trigram I-Ching dapat memberikan kemampuan dan kekuatan pada Pa Kua.


         Trigram merupakan tiga kombinasi Yin dan Yang dan setiap Trigram melambangkan beberapa keadaan dan ia diatur di sekitar Later Heaven Pa Gua atau Early Heaven Pa Kua. Early Heaveb Pa Kua mewakili versi yang ideal alam semesta seperti yang digambarkan dalam trigram alam semesta manakala Later Heaven Pa Kua menggambarkan aplikasi praktikal dari trigram Tanah. 

No comments:

Post a Comment