Friday, February 26, 2010

Kecintaan Sejauh Mana Pengorbanannya

Kecintaan suatu perkataan hikmat yang mampu memberikan pengorbanan yang begitu besar didalam kehidupan seseorang. Kecintaan kepada seorang gadis mungkin menyebabkan seorang teruna lupa pada segala-galanya sehinggakan hilang focus kepada kehidupan, jika berbual lain yang ditanya dan lain pula yang dijawabnya. Namun mengapa pengertian cinta ini hanya berlingkar didalam suatu skop antara remaja sahaja.


Apakah perasaan cinta antara anak dan ibubapa tidak dapat digambarkan, apakah perasaan cinta antara isteri dan suami tidak dapat dinyalakan, apakah perasaan cinta antara manusia dengan Allah swt tidak dapat disemarakkan sehingga membakar segala-gala yang menyebabkan pemikiran sentiasa terfikir dan hati sentiasa tertumpu kepada yang dicintai.


Apakah lagi cinta-cinta yang boleh bersemarak didalam kehidupan kita kerana dengan cinta hidup akan bermakna, seseorang akan merasakan kebahagian dan cuba untuk mendapatkan lebih banyak cinta untuk menjadikan kehidupan penuh dengan keindahan. Akan ujud suatu tenaga yang begitu besar dalam diri seseorang dan memberikan suatu persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran walau betapa sukar dilihat oleh orang lain tetapi bagi orang yang bercinta tiada halangan dan kesukaran kerana demi cintanya.

Tetapi kenapa kadang kala cinta hilang tiba-tiba, isteri mula memakan pil bisu, naik kereta mula senyap tiada bicara yang hendak diperkatakan walaupun tiada pergaduhan, apakah cinta telah hilang dengan masa berlalu, kenapa tidak disemarakkan seperti sebelum perkahwinan atau semasa awal perkahwinan. Ada saja yang ingin dibualkan sehinggakan untuk berbincang tentang kucing jiran boleh dibincangkan sehingga sejam dua, berbincang tentang matanya, warna bulunya, umurnya, zuriatnya dan banyak lagi perkara tentang kucing tersebut. Semuanya saling perlu memerlukan dan persedian untuk mendengar begitu tinggi sehinggakan setiap perkataan di dengar dengan penuh persiapan untuk meraikan antara satu sama lain.

Marilah kita semarakkan kembali cinta-cinta ini dengan berpaksi kerana Allah swt, tidak kira satu atau dua atau tiga atau empat, apa yang telah berlaku adalah ujian untuk menguji sejauh mana tanda kecintaan kepada Allah swt yang menguji setiap manusia pilihan, segalanya mudah jika cinta Allah swt di dahulukan sebelum cinta antara manusia. Allah hu Alam.

Love

Cinta bukan perasaan tetapi pengorbanan yang begitu agung yang dilakukan oleh manusia bergantung kepada sejauh mana tingginya rasa cinta tersebut. Tiada kayu ukur untuk menilai sejauh mana seorang itu mengasihi atau mencintai apa yang dicintainya. Ianya mungkin boleh di nilai oleh seseorang sebagai cinta yang agong tetapi mungkin orang lain pula tidak menilai demikian kerana ianya bergantung kepada pengorbanan yang telah dilakukannya.


Apabila kita memperkatakan tentang cinta kepada Allah s.w.t seseorang mungkin sanggup mengorbankan segala harta yang mereka ada untuk mencari segala yang menyenangkan atau membuatkan dirinya dikasihi dan di redai oleh Allah s.w.t.. Islam mengariskan tentang iman berkait dengan cinta, dimana tidak beriman seorang kamu selagi tidak mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi diri mereka sendiri, ini bermaksud soal hati adalah suatu yang begitu unik yang perlu kita lihat dan teliti agar ianya sentiasa kita kaitkan dengan Allah s.w.t dan menjadikan kehidupan kita ini sebenarnya hanya untuk Allah s.w.t.


Kebolehan dan keupayaan manusia didalam menilai dan memberikan cinta adalah suatu yang tidak dapat digambarkan kerana manusia boleh melakukan apa sahaja demi cintanya. Oleh sebab itu kita perlu meletakkan cinta ini pada tempat yang sesuai agar kita dapat menyelamatkan diri kita apabila berhadapan dengan Allah s.w.t nanti. Kita perlu sedar jika kita sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar perintah Allah s.w.t kerana cinta maka ketika itu kemurkaan Allah swt akan menyukarkan kehidupan di akhirat nanti. Jika kita kasihkan anak kita maka berilah mereka perlindungan untuk selamat di akhirat nanti, bukan kita memberikan segala yang ada di dunia tetapi mereka tidak mengenal Allah s.w.t di dalam kehidupan mereka.


Bukan erti cinta kepada isteri kita mengikuti segala kemahuannya tetapi apakah segala kemahuan mereka mengikut kehendak Allah s.w.t dan selari dengan apa yang di ajarkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Disini sekiranya kita merasakan ingin dicintai atau mencintai, Tanya dahulu apakah sebenarnya yang kita cari adakah untuk mendapat keredaannya atau mencari kemurkaan Allah s.w.t. Ingat kehidupan kita hanya sebentar dan sekiranya kita tidak melakukan dengan penuh hati-hati ditakuti kita menyesal dan penyesalaan itu tiada guna lagi buat diri kita diakhirat nanti. Allah hu alam

Wednesday, February 17, 2010

Air Mata Rasulullah..


Tak bosan rasanya membaca kisah ini....


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' Tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkan masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam", kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya", tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah saw menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah bahagian demi bahagian wajah anknya itu hendak dikenang.


"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut", kata Rasulullah saw. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri tetapi Rasulullah saw menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.


Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah swt dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?", tanya Rasulullah saw dengan suara yang amat lemah.


"Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu", kata Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah saw lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?", tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?", tanya Rasulullah saw.


"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya" kata Jibril


Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah saw ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah saw bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini". kata Rasulullah saw.


Perlahan Rasulullah saw mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?, tanya Rasulullah saw pada malaikat pengantar wahyu itu.


"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal', kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah saw mengaduh kerana sakit yang tidak tertahan.


"Ya Allah, dasyat sungguh maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah saw mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushhiikum bis shalati wa maa malaikat aimanuku" (Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu).


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah saw.


"Ummati, ummati, ummati? (Umatku, umatku. umatku)

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah saw kepada kita...