Friday, February 26, 2010

Love

Cinta bukan perasaan tetapi pengorbanan yang begitu agung yang dilakukan oleh manusia bergantung kepada sejauh mana tingginya rasa cinta tersebut. Tiada kayu ukur untuk menilai sejauh mana seorang itu mengasihi atau mencintai apa yang dicintainya. Ianya mungkin boleh di nilai oleh seseorang sebagai cinta yang agong tetapi mungkin orang lain pula tidak menilai demikian kerana ianya bergantung kepada pengorbanan yang telah dilakukannya.


Apabila kita memperkatakan tentang cinta kepada Allah s.w.t seseorang mungkin sanggup mengorbankan segala harta yang mereka ada untuk mencari segala yang menyenangkan atau membuatkan dirinya dikasihi dan di redai oleh Allah s.w.t.. Islam mengariskan tentang iman berkait dengan cinta, dimana tidak beriman seorang kamu selagi tidak mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melebihi diri mereka sendiri, ini bermaksud soal hati adalah suatu yang begitu unik yang perlu kita lihat dan teliti agar ianya sentiasa kita kaitkan dengan Allah s.w.t dan menjadikan kehidupan kita ini sebenarnya hanya untuk Allah s.w.t.


Kebolehan dan keupayaan manusia didalam menilai dan memberikan cinta adalah suatu yang tidak dapat digambarkan kerana manusia boleh melakukan apa sahaja demi cintanya. Oleh sebab itu kita perlu meletakkan cinta ini pada tempat yang sesuai agar kita dapat menyelamatkan diri kita apabila berhadapan dengan Allah s.w.t nanti. Kita perlu sedar jika kita sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar perintah Allah s.w.t kerana cinta maka ketika itu kemurkaan Allah swt akan menyukarkan kehidupan di akhirat nanti. Jika kita kasihkan anak kita maka berilah mereka perlindungan untuk selamat di akhirat nanti, bukan kita memberikan segala yang ada di dunia tetapi mereka tidak mengenal Allah s.w.t di dalam kehidupan mereka.


Bukan erti cinta kepada isteri kita mengikuti segala kemahuannya tetapi apakah segala kemahuan mereka mengikut kehendak Allah s.w.t dan selari dengan apa yang di ajarkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Disini sekiranya kita merasakan ingin dicintai atau mencintai, Tanya dahulu apakah sebenarnya yang kita cari adakah untuk mendapat keredaannya atau mencari kemurkaan Allah s.w.t. Ingat kehidupan kita hanya sebentar dan sekiranya kita tidak melakukan dengan penuh hati-hati ditakuti kita menyesal dan penyesalaan itu tiada guna lagi buat diri kita diakhirat nanti. Allah hu alam

No comments:

Post a Comment