Konsep Yin Yang ☯ diasaskan oleh seorang lelaki bernama Fu Xi (伏羲) melalui pemerhatian beliau terhadap alam sekelilingnya. Pada masa itu, Fu Xi ingin mencari jawapan tentang perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya seperti mengapa terang pada waktu siang dan gelap pada waktu malam, mengapa ada bulan dan matahari, mengapa ada panas dan sejuk dan juga persoalan yang lain. Maka akhirnya beliau mendapati bahawa terdapat dua elemen asas yang paling melengkapi antara satu dengan yang lain dan seterusnya wujud konsep Yin Yang.
Yin dan yang adalah dua polar terpuji daripada falsafah Taoist yang merupakan salah satu daripada agama terbesar purba China. Dalam Taoisme, terdapat Heaven seperti satu bulatan, ada didalamnya Earth (bumi) digambarkan sebagai “square within the circle”. Falsafah yin dan yang adalah hasil daripada perkembangan gambaran tersebut. Yin adalah perempuan, negatif, kegelapan, lembut, tetap, mudah memahami dan earth (bumi). Manakala yang adalah lelaki, positif, terang, kuat, dinamik, kreatif. Cahaya dan kegelapan adalah dua kuasa asas semulajadi, dapat disamakan dengan tegas dan mengalah serta malam dan siang. Ia termasuklah dua polar alam semesta iaitu positif dan negatif, menjadikan kedua-duanya dalam gerakan yang sama, saling memelihara dan mempengaruhi antara satu sama lain. Dua prinsip yang bertentangan iaitu Yin dan Yang adalah saling melengkapi, tiada dominasi salah satu daripadanya atau mengurangkan yang lainnya. Kedua-duanya saling memerlukan untuk melengkapkan dan memberi keseimbangan semulajadi alam semesta. Ia dapat diilustrasikan dalam Tai Chi Tu yang merupakan satu titik putih yang kecil diletakkan dalam Yin (gelap) dan satu titik hitam yang kecil dalam yang (cahaya).
Kedua-dua perkataan ini berasal dari Timur menggambarkan kualiti dan arus tenaga Chi. Yin bersifat negatif dan Yang bersifat positif yang menguasai alam semesta dan kehidupan. Yin dan Yang bersama-sama melambangkan keselarasan yang sempurna. Kedua-dua daya ini adalah berlawanan. Yin gelap manakala Yang terang. Yin pasif dan Yang aktif, Yin wanita dan Yang lelaki. Walapun demikian, Yin dan Yang saling melengkapi dan menjadi suatu kekuatan yang tidak akan melawan.
Yin dan Yang digambarkan seperti telur yang kuning dan putihnya terpisah. Warna hitam dan putih membezakan prinsip ini. Yang melambangkan syurga, matahari, terang, kekuatan, dan tenaga positif. Manakala Yin pula melambangkan tanah, bulan, kegelapan, wanita, dingin, lembut, mati, angka ganjil dan negatif. Dalam konsep Feng Shui, gunung dan tanah yang tinggi menggambarkan Yang manakala Yin melambangkan lembah sungai dan air melambangkan kualiti Yin.
Yin dan Yang akan sentiasa berinteraksi dan membuat perubahan. Musim panas memberikan jalan bagi musim sejuk yang kemudian memberikan jalan bagi musim panas. Malam mengikuti siang, bulan mengikuti matahari, kegelapan mengikuti terang dan seterusnya. Prinsip Yin dan Yang dipakai oleh manusia dan nasibnya. Seseorang yang bernasib buruk akan memperbaiki dan memberikan jalan kepada yang bernasib baik. Sebaliknya nasib baik dapat berubah menjadi nasib buruk.
Setiap benda yang wujud di alam semesta mengandungi beberapa tingkatan Yin dan Yang. Di dalam Yang terdapat sedikit Yin dan juga sebaliknya. Prinsip Yin dan Yang adalah keseimbangan antara dua kekuatan yang harus dipelihara. Jika terlalu banyak Yang atau terlalu banyak Yin akan berlaku kesan yang buruk kepada seseorang individu.
Sebagai contoh, tanah yang terlalu datar dikatakan terlalu banyak Yin. Oleh kerana itu , sebaiknya dibuat tambahan tanah yang mewakili Yang, sebaliknya jika seluruh tanah terbukti tanpa sungai ataupun tanaman, maka akan berlaku ketidakseimbangan kerana terlalu banyak Yang. Tanah tersebut perlu wujud lembah sungai atau saliran air untuk menyeimbangkan kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, setiap tempat perlu ada kawasan yang teduh dan mendapat sinaran matahari yang mewakili aspek Yin dan Yang dalam alam semesta.
Dalam Feng Shui mempercayai bahawa Yin dan Yang perlu selaras dan seimbang. Kerana kedua-dua kekuatan ini berada dalam aliran yang berterusan, seseorang individu yang menginginkan kehidupan dalam orentasi Feng Shui yang baik, mereka pula berhati-hati terhadap perubahan kawasan yang mempengaruhi keseimbangan dan perlu menyesuaikan atau memperbaiki keseimbangan.
Dalam praktikal Feng Shui, ia dapat dijelaskan dengan bukit atau gunung dan air (mountain and water) atau Yin dan Yang. Secara umumnya, gunung adalah Yin dan teguh, manakala air disifatkan sebagai Yang dan dinamik. Tempat atau kawasan yang hanya terdapat mountain tetapi tiada water menyebabkan jumlah tenaga yang menyusut. Sekiranya di situ hanya terdapat water tiada mountain, tenaga yang ada sukar untuk dikawal. Bumi dan keadaan persekitaran yang harmoni terjadi dalam keharmonian di antara Yin dan Yang. Kawasan yang mempunyai keseimbangan tenaga seharusnya tidak statik atau merata-rata. Justeru, sudut yang paling baik bagi Feng Shui adalah tempat yang paling baik untuk kehidupan iaitu terdapat gunung dan air.
Yin dan Yang adalah dua dasar atau bahagian daripada Qi (氣), seperti kuasa elektrik yang mempunyai cas positif dan negatif merupakan penjelasan kepada pertentangan dan penggantungan semulajadi Qi (氣). Prinsip seimbang dan sesuai dilihat pada arah yang berada dalam keadaan yang terbuka dan tertutup hasil berkait rapat dengan sifat gelap dan terang. Unsur Yin dan Yang perlu diberi perhatian kerana ia akan menentukan keseimbangan sesuatu keadaan. Keseimbangan dan keharmonian antara manusia dan alam hanya akan wujud sekiranya tidak ada dominasi atau unsur yang menindas unsur lain terutamanya Yin dan Yang. Yin dan Yang bersama-sama membentuk Tao iaitu jalan prinsip keabadian langit dan bumi. Ia juga saling bergantung satu sama lain dan memberikan makna dalam kewujudan manusia.
thanks.. this really help me in doing my assignment..! ^_^ *p/s: i'm from CUBE family.. (Y)
ReplyDeleteit's awesome! this article really help me.. thanks 2 u :)
ReplyDeleteArtikel yang sungguh menarik sekali. Mungkinkah kita juga harus menyelaras rahsia di dalam diri?
ReplyDelete