Friday, April 15, 2011

Pendukung Utama Ajaran Kung Fu Tze (쿵푸 문츠라는)

1) Keigh

Setelah kematian Kung Fu Tze, ajaran-ajaran Kung telah dikumpulkan oleh cucunya yang miskin,Keigh. Walaupun dalam kemiskinan, cucu Kung ini bertekad untuk meneruskan ajaran datuknya lalu beliau bertindak mengajar ajaran ini kepada murid-murid lain. Sebahagian catatan mendakwa Keigh merupakan pengasas kepada sistem etika Konfusianisme yang dinamakan sebagai Doctrine of the Mean or Moderate yang mengandungi ajaran datuknya sendiri. Hasilnya, perkembangan ajaran-ajaran Kung Fu Tze semakin tersebar luas dengan cepat di Negeri Cina.

2) Mang Tzu (Mencius) (372-289 BC)

Seorang pemuda yang turut mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan pemuda ini diberi nama Mang yang bermaksud si cendiakawan. Lahir di daerah Lu. Beliau juga dipanggil sebagai Mang-Tze oleh kawan-kawannya (Beliau turut dikenali sebagai Mencius oleh orang Barat). Mang juga merupakan seorang pengikut ajaran Kung Fu Tze yang setia. Beliau juga merupakan tokoh yang terkenal khususnya dalam menyampaikan semula ajaran Kung dan mempunyai murid dan pengikut yang ramai.

Kesetiaan terhadap ajaran Kung ini sangat kuat sehingga beliau telah berjumpa dengan ketua daerah Lu dan menyarankan ketua itu supaya memerintah negeri tersebut mengikut ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Tuan Kung.

Tetapi pemerintah tersebut menolak, akhirnya Mang dan beberapa pengikutnya bertekad untuk keluar dari negeri itu dan memulakan pengembaraan untuk mencari pemerintah negeri-negeri lain yang sudi untuk menjadikan ajaran Kung Fu Tze sebagai asas pemerintahan.

Selama lebih kurang 20 tahun beliau mengembara, walaupun kedatangannya disambut baik dengan penuh penghormatan oleh pemerintah-pemerintah negeri kerana kecerdasan dan kebijaksanaan Mang, namun tiada antara pemerintah tersebut yang bersetuju untuk melaksanakan ajaran Kung Fu Tze dalam pemerintahan negeri mereka. Sehingga pada usia 83 tahun Mang meninggal dunia dan meninggalkan ajaran-ajaran ini kepada pengikutnya. Antara ajaran utama Mang yang dikataakan menjadi nilai tambah utama kepada ajaran Kung adalah penekanan dan penjelasan kepada pemahaman dan pelaksanaan konsep Xing (Sifat semula jadi). Mang mengatakan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi (Xing) yang baik. Setiap manusia mempunyai kecenderungan secara semula jadi untuk menjadi baik.

Justeru setiap manusia mudah untuk menjadi baik, apa yang diperlukan oleh manusia ialah mengenal pasti dorongan baik yang ada di dalam diri sendiri supaya dapat diaplikasi dan dipamerkan melalui perbuatan moral yang baik dalam menjalani kehidupan.

“Apabila saya mengatakan bahawa manusia mempunyai sifat semula jadi yang baik, saya merujuk kepada perasaan yang sesuai untuk melakukan perbuatan yang baik. Jika seseorang manusia melakukan kejahatan kita tidak boleh menyalahkan sifat semula jadi kerana perbuatan tersebut bukan dari sifat semula jadinya”.


3) Hsun Tzu (Xun Tzi) (298-230 B.C)

Hsun Tsu merupakan seorang dari tokoh yang terkenal dalam ajaran Konfusianisme. Beliau lahir ketika Mencius telah mencapai usia yang tua. Idea dan ajaran Hsun Tzu bergerak sehingga berjaya menubuhkan sebuah sekolah pemikiran atau yang digelar sebagai School of Hsun Tzu. Ajaran Hsun Tzu masih seperti ajaran Konfusianisme yang asal iaitu menekankan kepada pengharmonian hubungan manusia dengan manusia bukan kepada perkara-perkara ghaib atau roh. Namun terdapat pertentangan idea Hsun Tzu dengan Mang dalam mentafsirkan semula ajaran Kung terutamanya dalam membincangkan pembentukan sifat adil atau moral yang baik (Yi) dan kaitannya dengan Xing (Sifat semula jadi) .

Hsun Tzu menjelaskan bahawa manusia secara semula jadi tidak berkecenderungan dengan sifat baik ataupun sifat buruk. Ia berada dalam keadaan neutral. Namun begitu, manusia sendiri yang bertindak untuk membentuk dirinya kepada sifat baik atau sifat buruk dengan berpandukan asas yang diterima dalam mencari kehidupan sempurna.

Hsun Tzu mengatakan bahawa sifat semula jadi manusia diibaratkan seperti air yang berpusar. Jika kita membuka parit ke arah timur, air itu akan mengalir ke arah timur. Jika kita membuka air ke arah barat maka ia akan mengalir ke barat. Kecenderungan air untuk mengalir ke arah timur atau barat tidak dipengaruhi apa-apa. Hal yang sama juga menjelaskan bahawa sikap semula jadi manusia tidak berkecenderungan ke arah baik atau jahat.



Mang Tzu (Mencius) & Hsun Tzu (Xun Tzi)


Untuk keterangan lanjut mengenai Hsun Tzu/Xun Tzi, sila layari laman web: http://news.cultural-china.com/


No comments:

Post a Comment