Tuesday, March 30, 2010

SIRI III: PANDANGAN IBNU RUSYD TENTANG BAIK DAN BURUK

Dalam permasalahan baik dan buruk ini, Ibnu Rusyd telah menitik beratkan teori nilai sebagaimana ianya diaplikasikan kepada objek pertimbangan estetik ataupun dalam pengamatan tentang manusia. Dalam persoalan falsafah yang utama iaitu apakah karakter yang biasa dijumpai di dalam perkara yang kita sebut sebagai kebaikan? Ataupun kita boleh timbulkan satu pertanyaan iaitu apakah perlawanan karakter yang menjadi kebiasaan bagi semua perkara jahat? Dalam konteks ini, Ibnu Rusyd banyak membincangkan masalah-masalah ini.

Persoalan penting yang selalu disoal oleh Ibnu Rusyd ialah tentang nilai ini bersifat objektif ataupun subjektif. Ibnu Rusyd menegaskan secara empati nilai adalah objektif. Nilai ini adalah sesuatu yang asli di dalam benda semula jadi. Karakter di dalam benda tersebut, ianya bebas daripada pendapat ataupun perbuatan daripada penilaian sesiapa. Manakala subjektif pula adalah nilai yang diperoleh daripada sesuatu yang lain seperti peraturan dan pendapat.

Subjektif kebanyakannya ditolak di kalangan zaman Greek dan Rom. Tetapi di dalam Islam, teori subjektisme mendapat tempat yang utama. Sebagaimana kecenderungan bagi kemunculan agama Islam itu sendiri. Bentuk ini lebih dikenali sebagai “Theistic Subjektivisme” ataupun “ethical voluntarisme”. Teori ini mengatakan baik dan buruk, keadilan dan ketidakadilan adalah berdasarkan daripada rujukan ataupun daripada arahan daripada Tuhan. Dalam erti kata lain, ianya dikenali lebih umum sebagai syariah.

Sebagai contoh, perbuatan manusia adalah benar apabila bertepatan dengan suruhan Tuhan kepada manusia atauun larangan-Nya. Tetapi ada sesuatu karakter dalaman yang membuat mereka baik di dalam diri mereka. Teori ini diaplikasikan dengan keseluruhan sistem syariah yang dijalankan oleh Imam Syafie. Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan ahli teologi dan golongan Asy’ari. Teori ini dikuatkan dengan dalil yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.

No comments:

Post a Comment