Sunday, March 21, 2010

Ibnu Rushd

Salah seorang ahli falsafah paling menonjol pada zaman perkembangan falsafah Islam (700-1200) adalah Ibnu Rushd. Di kalangan ilmuwan Barat, beliau dikenal dengan nama Averroes. Di samping sebagai penulis ilmu pengetahuan seperti fiqh, kedoktoran, fizik, biologi dan astronomi, beliau juga terkenal sebagai komentator pemikiran Plato, Aristotle, al-Farabi, Ibnu Sina, dan al-Ghazali.

Ibnu Rushd menulis komentarnya ke atas karya Aristotle dalam tiga bahagian ulasan: al-Asgar (yang kecil), al-Ausat (yang sederhana) dan al-Akbar (yang besar). Sejak kecil beliau telah mempelajari al-Quran, tafsir, hadis, fiqh, dan sastera. Di samping itu, beliau juga mendalami matematik, fizik, astronomi, falsafah, dan ilmu kedoktoran. Keseluruhan pemikirannya itu tersebar dalam pelbagai buku yang hingga kini terus dipelajari orang.



Ibnu Rushd sebagai salah seorang filsuf Islam paling menonjol pada zaman perkembanagan falsafah Islam (700-1200) meninggalkan khazanah ilmu logika dan falsafah. Keseluruhan pemikirannya tersebar dalam pelbagai buku yang hingga kini dipelajari oleh banyak orang dan mempengaruhi corak pemikiran falsafah Islam. Salah satu pemikiran yang berkembang pasca – Ibnu Rushd adalah falsafah Isyraqiyah yang diasaskan oleh as-Syurawardi. Falsafah Isyraqiyah atau sebutan aslinya hikmah al-asyraq merupakan salah satu mazhab penting dalam falsafah-falsafah Islam pasca Ibnu Rushd.


Di Barat, Ibnu Rushd dikenal sebagai komentator falsafah Aristotle, sedangkan di Timur sebagai pembela falsafah Barat (Yunani) daripada tuduhan kafir. Tuduhan itu dilontarkan oleh al-Ghazali dalam bukunya Tahafut al-Falasifah (kerancuan para falsafah). Namun dalam karyanya, Tahafut al-Tahafut, Ibnu Rushd mengungkapkan pembelaannya.


Menurut Ibnu Rushd, falsafah tidak bertentangan dengan Islam sehingga kaum Muslim dianjurkan mempelajarinya. Seseorang tidak dapat dikatakan kafir jika masih percaya kepada Tuhan, rasul, dan hari kiamat.


Ibnu Rushd telah menulis sekitar 50 buku yang meliputi pelbagai bidang. Selain bukunya yang berjudul Tahafut al-Tahafuut yang berisi pembelaan terhadap serangan al-Ghazali, ada beberapa karya Ibnu Rushd yang terkenal, antara lain kitab Fasl al-Maqal fi ma Bain asy-Syari’ah wa al-Hikmah min al-Ittisal (tentang keselarasan agama dan akal), Kulliyatu fi’l Thibbang (tentang pelbagai penyakit dan penyembuhannya dan kitab al-Kulliyyat (buku tentang falsafah).


Adapun karyanya yang berjudul Bidayah al-Mujtahid (permulaan bagi Mujtahid) berisi permasalahan yang hukumnya telah disepakati dan masih diperdebatkan. Dalam karyanya itu beliau memberikan komentar, baik secara ringkas mahupun panjang.


Untuk memahami al- Quran, Ibnu Rushd menggunakan cara takwil. Takwil adalah meninggalkan erti harfiah ayat, lalu menggunakan erti kiasannya. Dalam memahami al-Quran, Ibnu Rushd membahagkani tiga golongan orang, iaitu golongan awam, pendebat dan ahli fikir. Golongan awam tidak boleh menakwilkan al-Quran kerana mereka hanya mampu memahaminya secara harfiah, begitu pula golongan pendebat. Adapun golongan ahli fikir memiliki kemampuan untuk memahami al-Quran, baik makna lahir mahupun makna batin. Oleh hal yang demikian, takwil hanya diperuntukkan bagi golongan ahli fikir.


Ibnu Rushd dekat dengan kalangan amir (pemerintah) pada masa al-Muwahhidun (dinasti Islam di Afrika), khususnya dengan Sultan Abu Yaakub Yusuf al-Mansur (amir ke-3 al-Muwahhidun). Ketika itu, Ibnu Rushd dipercaya menjadi hakim di Sevilla dan selanjutnya menjadi ketua hakim di Cordova. Kedudukannya itu meresahkan ulama fiqh yang tidak senang kepadanya. Fitnah pun disebar. Beliau dituduh sebagai penyebar falsafah yang sesat. Akibatnya Ibnu Rushd dipulaukan.


Pada tahun 1198, ilmuwan besar ini meninggal di Maghribi, namun kemudian jenazahnya dipindahkan ke Cordova.

Sekilas perjalanan hidup Ibnu Rusyd

1126 Lahir di Cordova
1169 Menjadi kadi di Sevilla
1170 Menjadi Ketua Kadi di Cordova
1182 Menjadi doktor istana
1195 Difitnah dan karyanya dibakar; dipulaukan
1198 Meninggal di Marakech, Maghribi

No comments:

Post a Comment