Pelbagai definisi telah diberikan tentang falsafah dan agama, biarpun pada asasnya tidak ada perbezaan atau pertentangan diantara satu sama lain. Sebenarnya, falsafah dan agama adalah dua perkara bilamana psyche manusia berusaha untuk memahami alam semesta. Pada dasarnya, kedua perkara ini berbeza pada beberapa keadaan tetapi hakikatnya ia adalah saling melengkapi dalam menyempurnakan antara falsafah dan agama.
Sifat-sifat yang berbeza antara disiplin falsafah dan disiplin agama boleh dilihat dalam beberapa perkara yang merangkumi matlamat akhir, sumber dan kesan-kesan kepada kemanusiaan.
Selalunya matlamat akhir yang ingin dicapai dalam falsafah ialah melahirkan pada pengkaji yang boleh berfikir secara sistematik berdasarkan kepada bahan-bahan ilmuan yang diperolehi dari ilmu yang lain. Manakala agama pula lebih tertumpu dalam melahirkan seorang yang patuh, akur dan mengabdikan diri kepada kepercayaan yang disampaikan oleh ajaran-ajaran agama.
Falsafah akan meletakkan kerja-kerja akal sebagai sumber utama dalam mencapai sesuatu keputusan atau objektif. Berbeza dengan agama yang meletakan wahyu atau kitab-kitab suci sebagai sumber untuk mencapai keyakinan kepada kepercayaan sesuatu agama. Falsafah juga memberi kesan secara tidak langsung kepada manusia bilamana seseorang itu akan menjadi individu yang sentiasa berfikir dalam menyelesaikan sesuatu persoalan. Berbanding dengan agama yang akan melahirkan manusia yang asyik dalam penghayatan dan pengabdian.
Persamaan antara falsafah dan agama dilihat pada matlamat akhirnya. Falsafah dan agama bertujuan untuk meningkatkan kehidupan hidup manusia dan masyarakat ke peringkat lebih tinggi dan lebih mulia. Selain itu, manusia memerlukan falsafah yang lebih dan agama yang lebih murni.
Hal ini kerana kedua-dua perkara ini mempunyai satu tujuan iaitu mencari kesatuan (unity) dan kepelbagaian (diversity). Berbeza pula dengan pandangan yang dieksploitasi oleh Soren Kierkegasrd yang mengatakan bahawa peranan falsafah tidak memberi sumbangan yang besar kepada agama. Peranan falsafah hanya sebagai melahirkan beberapa perkara tentang adanya agama dan memberikan ruang bagi melahirkan kepercayaan agama.
Hal ini kerana kedua-dua perkara ini mempunyai satu tujuan iaitu mencari kesatuan (unity) dan kepelbagaian (diversity). Berbeza pula dengan pandangan yang dieksploitasi oleh Soren Kierkegasrd yang mengatakan bahawa peranan falsafah tidak memberi sumbangan yang besar kepada agama. Peranan falsafah hanya sebagai melahirkan beberapa perkara tentang adanya agama dan memberikan ruang bagi melahirkan kepercayaan agama.
Falsafah dan agama mempunyai matlamat yang ingin mewujudkan suasana yang aman harmoni, keselarasan dan penyelamatan. Di samping itu, kedua-dua perkara ini juga melibatkan perkara yang sama misalnya asal-usulnya dan takdirnya, Tuhan dan penciptaan. Namun terdapat juga pandangan yang melihat wujudnya suasana tidak harmoni antara falsafah dan agama. Falsafah dianggap sebagai sesuatu yang diasaskan ketaakulan sedangkan agama berdasarkan wahyu. Peitro Pomponazzi, seorang ahli falsafah Renaissance yang banyak terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Rushd mempunyai pandangan yang sama dengan pandangan ahli-ahli falsafah Islam tersebut iaitu:
“keep philosophy out of the hands of the common people and of the uneducated priests”.
Kesimpulannya, falsafah agama adalah elemen penting dalam kehidupan sebagai individu yang beragama. Falsafah agama cuba mempersembahkan suatu perkhidmatan yang terbaik dan terpenting terhadap agama khusunya. Di sini, falsafah berusaha mengkaji dan memahami manakala agama cuba menghuraikan maksud-maksud yang bersifat konseptual dalam agama dan juga mengenal pasti kepentingan logikal sehingga menemui kebenaran-kebenaran yang rasional. Justeru, perbincangan berkaitan tentang Ibn Rusyd dan pemikiran tentang al khyar dan al syar adalah salah satu perkara yang dibangkitkan dalam falsafah agama.
No comments:
Post a Comment